Gua baru balik dari Tanjung Tuan


Port Dickson ialah destinasi percutian bajet yang popular di Malaysia. Port Dickson masih lagi kekal cantik dengan pantainya yang nyaman dan damai. Kalau anda ingin bercuti di Port Dickson, anda ada banyak pilihan untuk hotel yang agak murah tapi puas hati untuk bercuti seisi keluarga. Salah satu hotel yang bagus ialah Regency Tanjung Tuan yang terletak bersebelahan dengan Hotel Selesa.  

Saya baru sampai rumah petang tadi lepas pegi Regency Tanjung Tuan Beach Resort di Port Dickson. Perjalanan yang panjang dari Telok Panglima Garang. Aku masa sampai semalam dah nyaris2 tak boleh masuk sebab tak bawa surat. Nasib baik la bila call kak Lina dia bagi no Izi dan kebetulan Izi pulak ada kat ofis lagi walaupun masa tu dah dekat pukul 6 petang. Syukurlah.


So apa ada di Port Dickson? Pantai dan laut, angin serta pemandangan yang cantik la.

Ini adalah pemandangan dari apartment yang saya duduk dari tingkat 7. Time ni pagi lagi so takde orang la kat kolam. Kolam ni kira nice la jugak, cuma ianya tak lah besar sangat.Kat sebelah resort aku ni ada Resort lain namanya Selesa Resort, aku ada la pegi jalan2 kat situ dia punya swimming pool lagi best la, besar dan lebih privacy. 


Tapi aku buat2 macam menginap kat Selesa Resort, buat tak tahu dan mandi je kat situ. Lepas berenang2 tu guard panggil aku. Aku dah gabra semacam dah, dia bagi towel kat aku dan suruh tulis nombor bilik. So aku pun dengan rileks dan confidentnya tulis la apa2 yang patut, pastu buat2 pegi pantai. Huar huar huar. Lucu la. Maaf ya Selesa Resort. Sikit je, tak luak pun air swimming pool awak, kan?

Ahmad Tarmimi pun berlakon pondan?

Ingat lagi tak pada IMUDA yang berlakon mak nyah dalam banyak siri drama dulu2. Ingat kan trend camtu dah berlalu. Rupa-rupanya zaman sekarang pun ada jugak trend lelaki menjadi pondan.

Mula2 Rusdi Ramli yang meletup dalam Jangan Pandang Belakang dan juga bekas hero Pendekar yang macho dan gagah perkasa. Huh, mula mula rasa cam tak percaya, tapi last last boleh terima jugak. Lepas tu Dato Jalaluddin Hassan yang supercool itu, huh, tak percaya jugak, tapi takpa lah jugak. Lepas tu Awie, hero Sembilu yang menjadi lagenda itu, huh, dunia ni dah tak betul kot, tapi tak pe jugak.

Last sekali... Ahmad Tarmimi Sarigar yang pernah jadi hero matinya seorang patriot pun berlakon watak pondan jugak..Oh ampun. Dunia dah nak terbalik ke? Lepas ni siapa lah pulak? Aku harap jangan la Aron Aziz cuba jadi, tak sesuai langsung.

Tolong lah kenapa semua lelaki-lelaki macho nak jadi pondan? Walaupun atas alasan kerja? ... Kenapa kita mahu tengok lelaki jadi perempuan? Mungkin kerana lelaki pondan atau mak nyah kalau melaram habis, kalah perempuan, malah dia jauh lebih cantik dari perempuan, sebab dia memang berniat betul-betul nak cantik macam perempuan. Bahkan saling tak tumpah perempuan tulenlah!

Tapi tolonglah, kepada lelaki yang tak sesuai untuk jadi pondan, janganlah jadi pondan, nanti orang boleh termuntah-muntah tau! Ya la, terlalu janggal sangat sampai dah tak boleh telan dah nie..

Well, apa pun inilah yang dikatakan seni, right? Seni adalah cermin sebenar apa yang berlaku dalam masyarakat. Orang2 seni memang unik dan kita hanya mampu mengkritik sahaja lah.

Golongan pondan memang telah wujud sejak dulu sampai hari ini, tak pernah-pernah pupus. Kadang-kadang orang pondan ni melawa sampai kalah perempuan. Cun habis. Ada yang secara semulajadi memang pondan dan ada juga yang buat-buat pondan.

Ada yang sanggup menjalani pembedahan untuk menukar jantina. Tepuk dada tanya lah selera. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...