Aku dah 30 la.

Aku dah mencecah 30 tahun. Dan juga dah ada anak satu.Tapi tadi kat kilang masih ada minah kilang yang cuba mengurat aku. Oh aku agak terkejut dengan fenomena ini. Aku pun tak tahu bagaimana mahu bereaksi. Last 2 aku hanya buat derk aje dan senyum kambing aje. Apa yang aku boleh buat. Aku ni bukan jutawan atau bukan juga anak sultan. Hutang aku banyak. Rumah pun sewa aje. Aku sedar siapa aku. Hu hu.
Berbalik sikit dengan bab politik. Aku tak faham kenapa si mamat Faisal Tehrani tu anti sangat kat Anwar Ibrahim. Si Faisal ni kan penulis novel terkenal dan glamer pula. So aku tak faham kenapa mamat ni boleh anti Anwar yang teramat. Ada sesiapa sudi jelaskan?
Bab ekonomi pula, ada satu koperasi Nabinco nak bagi dana kat bumiputera. Yang nak apply kena cari 4 kaki lagi apply benda sama. Kalau dapat 4 kaki dalam masa 1 bulan akan dapat loan tu dan tak payah bayar balik. Apa? ini amat tak logik sekali. Aku nasihat kan pada korang yang terjumpa benda ni supaya jangan buang masa korang lah. Benda ni mengarut yang amat. Hakikatnya tak kan ada orang bagi duit senang2 macam tu je. Tolonglah, hidup ni biar bermaruah la sikit. Ego kena ada. Jangan pandang duit buta2 hingga senang2 kena tipu dan dibodohkan orang.

Susahnya mahu jadi kaya..

Kenapa susah sangat mahu jadi kaya? Dah banyak benda yang dibuat tapi tak jadi jugak. Kenapa ya? Macam mana lagi aku harus buat?
Aku dah agak tak tahan ni. Tapi itulah, aku bukan ada pilihan sangat pun.
Kalau baca kisah orang berjaya nampak macam senang tapi diri sendiri ni punyalah susah. Dah ada syarikat MLM ni, buat ajelah, tapi orang lain pulak yang tak nak.
Hidup ni bukan lama, tapi tak berjaya macam ni tak best la.
Nak jugak merasa naik VIOS. Nak jugak beli rumah macam Zam.
Adakah aku ni terlalu banyak buat silap? Mungkin juga.
Atau luck aku tak seperti orang lain? Hmm.. tak tau.
Kadang aku letih jadi orang yang positif. Tengok tadi pagi2 bos hangin. Aku nak buat apa?

Saiful pun ada blog maa....

Saiful Bukhari pun ada blog juga. Tak tahulah kenapa dia nak berblog. Apa faedahnya berblog kalau dah kena sodom? Tak ada fedah kan? Kalau nak baca blog saiful, sila klik je lah.

Sedihnya bangsa melayu

Tadi aku terbaca satu kes anak ugut emak sendiri kat Kota Bharu pasal kes dadah. Lepas tu siap bakar rumahnya sendiri!
Apa nak jadi dengan bangsa melayu? Kenapa sampai jadi begitu? Anak derhaka pasal dadah! Dulu masa kecik, nak betulkan tengkuk sendiri pun tak boleh tau, kena mak yang buat. Ini besar siap nak tikam mak pulak! Pasal dadah dah jadi bangang tahap lembu. Malahan lembu pun tak sebangang itu!
Apa kesudahannya?
Sudahnya hidup jadi neraka dunia la jawabnya. Dunia ni paling paling seronok pun tahap kat situ aje. Nak buat apa? Lepas habis seronok ada apa?
Lepas stim nak stim lagi. Sampai bila? Alamatnya selagi tak mampus, selagi tu carilah benda stim. Akhirnya, tak kemana mana sudahnya. Lubang kubur pun tak sudi nak terima!
Ni lah penangan binatang kejadah dadah!.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...