Dr Mahathir

Aku amat menghormati Dr Mahathir sebagai seorang negarawan yang ulung. Dia memang diakui bijak dalam segala hal terutama sekali dalam mentadbir negara. Jasa beliau juga tak terkira. Tapi bila Dr Mahathir bercakap bab Anwar, Dr Mahathir kelihatan pelik. Gaya dia menjadi pelik. Senyum sinis beliau menjadi pelik. Macam semacam. Macam ada sesuatu yang tersirat.Dia juga secara tiba tiba menjadi tidak senang duduk. Dan lebih teruk, beliau tidak kelihatan tenang.Itulah apa yang aku nampak. Mulut boleh menipu. Tapi cahaya mata beliau terpancar sesuatu yang tidak kena.

Kisah Saiful Bukhari

Saiful Bukhari sudah pun mengangkat sumpah. Maka sudah selesaikah? Pastinya belum selesai.
Orang Najib suruh Anwar pulak angkat sumpah. Maka selesaikah? Lagi lah tak selesai. Adakah Saiful berada di pihak yang benar setelah beliau mengangkat sumpah? Adakah ia akan mengakibatkan Anwar kalah di Permatang Pauh? Kita sama sama tunggu sahaja. Yang pastinya kasihan dekat Saiful kerana beliau ini telah mengangkat sumpah laknat yang jarang dibuat orang.Apakah yang akan terjadi kepada Saiful ini? Kalau dia tidak diliwat maka dia akan kena laknat sampai entah berapa keturunan.Tapi dia tetap bersumpah juga.Kenapa dia sanggup sampai begitu sekali? Apakah yang sebenarnya ada dalam kepala otak Saiful ini?
Saiful , ko ni berani bersumpah dengan Al-Quran tapi ko ni baca ke tak al-quran? Kalau ko baca ko tahu hukum tak? Nak tuduh orang ko kena sediakan saksi. Itu bukan aku cakap, itu ayat quran ko baca ke tak? Ko jangan main main sumpah jer. Ko ni apehal ? Apa masalah ko? Tak cukup kasih sayang? Aku tengok elok jer bapak ko cium ko kat dahi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...