Rahsia awet muda


Usia muda sering dikaitkan dengan kecantikan, kesihatan dan kesempurnaan. Maka tak hairanlah bila ramai orang mahu kekal muda jelita selamanya. Ramai orang tercari-cari rahsia dan petua untuk kekal awet muda sepanjang yang mungkin.  

Ramai juga yang sanggup berhabis duit menjalani pembedahan mencantikkan wajah agar kelihatan tegang dan muda remaja. Rahsia untuk kekal muda jelita secara semulajadi bukanlah begitu payah dimiliki sebenarnya. Apa yang mustahak ialah memiliki keinginan jitu dan juga disiplin yang tinggi untuk mengamalkan beberapa petua ampuh untuk kekal muda jelita walaupun sudah lanjut usia.  

Ketenangan jiwa membuat kita kekal kelihatan muda berbanding usia. Faktor yang paling utama untuk awet muda ialah kemahiran megurus kehidupan agar dapat melalui apa jua cabaran dengan hati terbuka. Semestinya hidup ini memang penuh dugaan dan rintangan, pun begitu hiduplah dengan penuh ceria dan bersyukur. Hati yang tenang akan memancarkan kejernihan cahaya yang terpancar dari raut wajah anda. Bersyukur pula merupakan pelengkap pada kebahagiaan hati. Jangan menyimpan dendam dan maafkanlah orang lain.  

Kesihatan fizikal semestinya tidak boleh diabaikan. Senantiasalah hidup aktif dan cergas bersukan tidak kira apa usia anda. Bersukan bukan sahaja menguatkan badan, malahan otak juga akan turut sama menjadi cerdas. Dengan bersukan anda akan lebih ceria dan bersemangat dalam menghadapi cabaran hidup. Kehidupan sosial yang aktif membantu anda hidup dengan penuh bermakna.       

Pemakanan dan gaya hidup adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan. Ini kerana apa yang anda makan membentuk apa fizikal anda. Perlukah saya ulang lagi topik rokok dan alkohol? Rasanya semua orang dah tahu dan faham sangat bab ni. Hidup sihat perlukan harga dan pengorbanan. Jika kita tak sanggup tinggal perkara yang remeh pastinya kesihatan akan merosot.

Makanlah secara sihat dengan mengambil zat penting secara seimbang. Makanlah sayuran dan buah-buahan yang sememangnya sangat bagus untuk tubuh anda. Jauhilah pemakanan tidak sihat seperti makanan segera yang banyak bahan kimia tambahan seperti MSG dan bahan pengawet merbahaya. Air bergas, makanan bergoreng dan banyak lagi senarai makanan yang tidak sihat pelulah dihentikan atau sekurang-kurangnya dihadkan.  

Makanan kesihatan tambahan juga amat mustahak. Ambillah kolagen secara konsisten. Anda pernah dengar kolagen? Kolagen adalah sejenis protein hebat yang sangat bagus untuk membantu menghilangkan kedut, menguatkan otot serta baik untuk jantung anda. Kini Delima Kolagen D-Kolagen keluaran syarikat kami sudah berada di pasaran! Harga sekotak ialah RM 80 termasuk pos. 

D Kolagen ini kaya dengan anti-oksida, diperkaya dengan delima, manggis dan VitaminC. Kesihatan kini dapat dinikmati dengan rasa yang benar-benar hebat!

Cubalah D-Kolagen hari ini utuk kehidupan yang penuh bermakna!

Petua atasi jerawat


Jerawat adalah masalah yang sinonim dengan remaja. Ini kerana zaman remaja adalah zaman hormon sedang bergolak hebat. Pelbagai perubahan badan sedang berlaku dengan cepat dan mendadak. Sesetengah remaja agak bertuah dengan kulit muka yang licin, tapi bukan semua yang begitu.

Berikut adalah petua untuk mengatasi jerawat secara tradisional.

Keringkan kulit buah rambai dan kisar ia menjadi halus.
Campurkan dengan sedikit air mawar.
Kacau campuran tadi hingga sebati.
Sapu pada kulit muka.
Amalkan beberapa kali dalam seminggu.

Insya Allah dengan niat yang baik dan doa tulus ikhlas, kulit akan kembali licin.

Selain daripada itu, tip-tip berikut boleh anda amalkan.

Hadapi dan tangani permasalahan hidup dengan positif.
Jaga pemakanan, banyak ambil sayur dan buah-buahan segar.
Bersukan, bersosial dan amalkan gaya hidup sihat dan seimbang.
Amalkan pengambilan makanan yang seimbang.
Pastikan bahan toksin dalam  badan keluar melalui peluh, sekurangnya setiap minggu.
Sentiasa senyum dan manis.
Berfikiran positif.
Menolong dan membantu orang sekeliling.
Berdoa kepada tuhan.
Hidup dalam suasana gembira.
Bercinta dengan seikhlas hati.
Tabah dalam menghadapi segala dugaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...