Showing posts with label masalah remaja. Show all posts
Showing posts with label masalah remaja. Show all posts

Petua atasi jerawat


Jerawat adalah masalah yang sinonim dengan remaja. Ini kerana zaman remaja adalah zaman hormon sedang bergolak hebat. Pelbagai perubahan badan sedang berlaku dengan cepat dan mendadak. Sesetengah remaja agak bertuah dengan kulit muka yang licin, tapi bukan semua yang begitu.

Berikut adalah petua untuk mengatasi jerawat secara tradisional.

Keringkan kulit buah rambai dan kisar ia menjadi halus.
Campurkan dengan sedikit air mawar.
Kacau campuran tadi hingga sebati.
Sapu pada kulit muka.
Amalkan beberapa kali dalam seminggu.

Insya Allah dengan niat yang baik dan doa tulus ikhlas, kulit akan kembali licin.

Selain daripada itu, tip-tip berikut boleh anda amalkan.

Hadapi dan tangani permasalahan hidup dengan positif.
Jaga pemakanan, banyak ambil sayur dan buah-buahan segar.
Bersukan, bersosial dan amalkan gaya hidup sihat dan seimbang.
Amalkan pengambilan makanan yang seimbang.
Pastikan bahan toksin dalam  badan keluar melalui peluh, sekurangnya setiap minggu.
Sentiasa senyum dan manis.
Berfikiran positif.
Menolong dan membantu orang sekeliling.
Berdoa kepada tuhan.
Hidup dalam suasana gembira.
Bercinta dengan seikhlas hati.
Tabah dalam menghadapi segala dugaan.

Cara mengurat atau menekel (mana-mana) awek

Cinta adalah fitrah kehidupan. Manusia yang normal pasti punya perasaan cinta dan ingin berpasang-pasangan. Cinta itu adalah sesuatu yang mahal dan berharga. Maka untuk mendapatkan sesuatu yang mahal, kenalah sanggup untuk membayar harganya. Jika tidak, lupakan saja.

Kita pasti ada menyimpan perasaan suka pada seseorang awek, samada yang kita memang kenal atau pun yang tak di kenali. Namun kita pasti rasa takut atau malu untuk meluahkan perasaan kita.

Itu memang fenomena biasa. Semua orang pun macam tu.
Hakikatnya, mana-mana awek pun, alim macam mana pun, akan suka bila ada lelaki cuba mengurat dia. Kalau tak maknanya ada something tak betul dengan gadis itu.

Sekadar suka dan mengharap gadis itu akan suka secara semulajadi adalah terlalu out of this world. Apa yang penting ialah lelaki kena bertindak melakukan sesuatu. Tapi kalau kita terus terusan diam aje tanpa berbuat apa-apa maka tak akan sampai ke manalah perasaan kita itu.

Berikut adalah cara terbaik untuk mengurat awek yang kita suka. Mesti buat dengan spontan tanpa berfikir banyak.

Ada 2 step saja..untuk permulaan.

1. Tanya dia, "dah kahwin?", kalau dia jawab tak..anda kata..
2. "Jom kita keluar tengok wayang, saya belanja."

Dia akan jawab ... tengoklah...dia sebenarnya nak cover agar jangan nampak terlalu "murah".

Hakikatnya dia sedang berfikir2.

Atau mungkin dia memang suka, maka anda telah berjaya.. Tapi kena tempuhi lah perkara ni.

Paling teruk anda akan kena? dia akan jawab "no way".

So be it, tiada apa2 yang teruk sangat pun. Sekurang kurangnya anda sudah berusaha.

Ingat..hidup kena berani, baru boleh jadi jantan.(lelaki sejati)


Sesekali buat la gila sikit, baru hidup ada makna. Amacam? Ada berani ?
Alah paling kuat pun apa jer yang kena? So kalau ada peluang, jangan lupa buat jer step kat atas tu.

Biasanya, dalam 100 orang susah sangat nak jumpa 1 yang special dan berani buat sebegitu "gentleman" dek kerana terlalu takut atau rendah diri. So melepaslah. Simple and clear. That's all.

Percayalah pada diri sendiri dan buatlah yang terbaik kerana kata orang...

"muda hanya sekali, dan hidup perlu di nikmati".

Gunalah gerak hati anda. Jangan lah sampai kena beli sex doll

Selamat Berusaha!

Kesan buruk dari melancap

Melancap ialah perbuatan dengan sengaja mengeluarkan air mani dengan menggunakan tangan, iaitu menggoncang atau mengusap zakar sehingga terpancut keluar air mani dan terjadinya klimax. Ia dilakukan samada secara bersendirian atau diiringi dengan melihat bahan lucah.

Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, kedua-dua golongan ini boleh terjebak dengan perbuatan melancap. Mereka yang muda remaja ini penuh rasa ingin tahu dan ingin mencuba. Bila sudah terjebak, kemungkinan besar terjadi ketagihan pula.

Dalam istilah agama, tabiat melancap zakar dikiaskan sebagai "tabiat yang rahasia". Di sini kita cuba lihat apakah kesan buruk melancap dari sudut kesihatan rohani dan jasmani.

Melancap memerlukan tenaga yang banyak. Ia membakar banyak kalori. Namun jika ia dilakukan secara luar biasa contohnya dengan melancap setiap hari, kesan-kesan kesihatan yang tidak baik dari sudut fizika, sosial dan mental akan timbul.

Kajian mendapati orang yang kuat melancap akan menjadi lemah daya tumpuan dan juga menjadi pelupa. Disebabkan banyak masa mereka terbuang dengan melancap, mereka juga akan tersisih dari sudut sosial. Perasaan rendah diri menjadi kebiasaan bagi orang yang biasa melancap. Mereka biasanya suka menyendiri dan juga tidak banyak bercakap. Dalam sesetengah kes, prestasi akademik dan sukan dilihat merosot.

Dengan banyak tenaga terbuang, tubuh mereka memerlukan banyak sumber untuk tubuh berfungsi pada tahap normal, ini akan menyebabkan tubuh dipaksa bekerja lebih masa, jadi orang yang kuat melancap akan senantiasa keletihan dan lesu. Terdapat juga kes di mana wajah mereka kelihatan lebih tua dari usia sebenar mereka. Kesan ini akan dapat dilihat bila umur mereka mula memasuki 30 an. Ini kerana kebiasaannya usia remaja mula melancap ialah sekitar 12 hingga 15 tahun dan dilakukan berterusan sehinggalah umur mencecah 30an.

Pada tahap umur inilah kesan buruk akibat melancap akan dapat dirasai. Dan pada tahap ini sudah terlewat untuk menyesal atau berpatah balik.

Jika mereka berkahwin, mereka akan mendapat simptom air mani terpancut dengan cepat. Ini menjadi masalah kerana pasangan isteri akan merasa tiadak puas. Bahkan ada sesetengah kes, air mani akan terpancut bila saja zakar dimasukkan kedalam faraj dan mereka belum pun berbuat apa apa! Ini menjadi masalah kepada kedua dua pihak lelaki dan perempuan kerana hubungan seks yang normal menjadi sesuatu hal yang sukar.

Jadi bagaimana mahu berhenti dari tabiat ini?

Sebenarnya tabiat ini jika dimulakan akan menjadi suatu ketagihan yang berat sama seperti rokok dan dadah! Ia amat berat untuk ditinggalkan jika sudah terjebak, percayalah. Apa yang perlu ialah permulaan. Bila ia bermula, maka sukarlah hendak berhenti.

Tidak kira sekuat mana pun semangat anda, anda tidak akan mampu untuk berhenti, ia memang suatu ketagihan yang setaraf dengan rokok dan dadah. Bahkan rokok dan dadah, anda perlu keluarkan duit, tapi melancap tidak memerlukan modal besar. Jadi sebenarnya ia lebih merbahaya. Perbandingan scan otak orang ketagihan melancap mendapati corak edaran sel-sel hormon yang sama dengan penagih heroin!

Zaman sekarang pun serba canggih. Bahan lucah ada di mana-mana. Video porno boleh di ekses dengan percuma sahaja di internet. Natijahnya lelaki zaman canggih ini akan menjadi lebih sukar mengawal diri. Kepala atas tak boleh kawal kepala bawah. Akibatnya, kepala atas dengar cakap kepala bawah? Aduh, minta ampun.. Apa nak jadi? Mana kawalan diri?

Inilah sebabnya orang ketagihan melancap tidak gembira walaupun fizikal merasa sedap, kerana mereka tidak mampu mengawal diri. Otak terpaksa patuh arahan tubuh. Terbalik bukan? Jadi mental mereka jadi lemah. Karekter menjadi tidak stabil. Karekter di bentuk oleh pengalaman hidup. Sebab itu mereka suka menyisihkan diri dari masyarakat, kerana rasa rendah diri. Bahkan untuk menjawap panggilan telefon pun malu? Itulah kesan pada mental.

Dugaan zaman ini amatlah berat. Namun begitu, jika anda berusaha dan mahu berhenti, ada juga beberapa kaedah yang boleh dicuba. Kuatkan azam, bulatkan tekad. Tulis azam anda.

Kata bijak pandai, nafsu itu umpama kuda liar. Kita bukan disuruh membunuhnya. Tapi jinakkan dia supaya ia mampu bawa kita. Macam mana nak jinakkan kuda liar? Sukar kan? Tapi ada caranya dan kenalah hadapinya. Lemahkan kuda itu. Sekat sumber logistiknya (bahan lucah dan hiburan). Sekat sumber tenaganya (puasa). Bebankan ia dengan beban (beribadah) bertubi-tubi. Beribadah sehingga letih nak buat maksiat.    

Suasana sekeliling juga penting. Libatkan diri dengan aktiviti yang sihat dan jadi manusia yang positif dan menyumbang kepada masyarakat. Bercampurlah dengan orang soleh dan berilmu. Sibukkan diri dengan program agama atau program ilmu yang bermanfaat. Tidak ada jalan mudah nak menjinakkan kuda liar itu. Nak tak nak itulah caranya. Namun jika istiqomah akan ada hasilnya, Insya Allah. Minta bantuan juga dari tuhan dengan berdoa.

Buat satu log catatan untuk setiap hari yang anda berjaya tidak melancap. Jika anda berjaya berhenti selama 60 hari berterusan, maka besar kemungkinan anda sudah boleh berjaya menakluk dan menjinak si kuda liar itu. Bila kita dah jadi tuan pada kuda itu, jagalah ia. Perasaan bebas dari belenggu hamba kepada nafsu ini sebenarnya sangat hebat dan sangat luarbiasa, percayalah.

Teruskan kehidupan dengan positif walau banyak dugaan. Jangan jadikan dugaan hidup sebagai alasan untuk melakukan perbuatan onani. Fikiran mestilah positif dan lakukan perkara positif selalu. Kejarlah benda penuh makna dalam hidup. Matlamat yang realistik perlu ada. Gunakan masa untuk kejar matlamat itu. Contohnya, mahu simpan duit sebanyak RM 100 ribu. Mahu beri emak RM 10 ribu duit haji. Bina perniagaan sendiri di internet, jadi usahawan terbilang atau ahli sukan terulung, dan banyak lagi matlamat positif yang boleh anda kejar.

Yang pasti hidup anda mestilah ada matlamat dan tidak boleh hidup hayut begitu sahaja tanpa matlamat. Kalau boleh cuba elakkan daripada duduk bersendirian kerana perasaan untuk kembali melakukan perbuatan itu akan menjadi kuat semula. Jauhi dari bahan2 lucah kerana ia akan menjadi candu yang menarik anda kembali melakukan perbuatan itu

Tuhan tidak mencipta hawa nafsu dengan sia-sia. Kita diberikan akal untuk berfikir. Hawa nafsu ini pemandunya ialah hati. Jika hati itu hati yang beriman maka ia akan di pandu ke arah kebaikan. Jika pun ia berdepan dugaan, ia mampu membuat nafsu tunduk.

Akhir sekali ingatlah kat bidalan lama yang amat terkesan ini. "Ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut nafsu lesu." Jadi jangan jadi hamba nafsu. Jadilah tuan punya nafsu yang tahu menggunakan anugerah tuhan pada tempat yang sepatutnya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...