Kelantan's Delight di KLCC sudah tutup

Anda terfikir nak buka restoren dan berniaga di KLCC? Nak jadi famous macam restoren Kelantan's Delight? Tapi malangnya restoren ini sudah pun di tutup. Tahu tak berapa sewa tempat Restoren Kelantan's Delight ini bayar kepada KLCC? Tak mahal tuan tuan-tuan, cuma
RM 44 k sahaja per month. Dan kadar itu ialah pada tahun 2007. Iaitu sebelum kenaikan harga minyak. Kalau sekarang ni tak tahu lah.

Sekarang harga barang semua dah melonjak naik. Kerajaan (Shabery Cheek) kata kenaikan harga minyak tidak akan menyebabkan inflasi. Tapi sekarang ni kalau makan kat kedai, paling koman pun RM 5 sepinggan nasi dengan lauk yang biasa (belum masuk air).

So macam mana rakyat biasa nak hidup? Gaji mereka cuma RM seribu dua saja. Nak bayar rumah kereta dan lain lain bil pun belum tentu. Lepas tu nak makan pula. Ada yang terpaksa pinjam along. Kalau harga minyak tak naik, mungkin keadaan ini tak teruk macam sekarang.

Tapi harga minyak naik juga dan kerajaan masih selamba aje. Pak-pak menteri takpe lah gaji diaorang paling koman pun RM 40k, boleh la dia sewa tempat kat KLCC dan bukak restoren dan kemudian jadi lebih kaya lagi. Yang miskin ni macam mana? Hidup terus merana jadi macam lembu yang kena perah susu.

Lepas tu iklan TV siap ajar rakyat cara berjimat. Bangang betul! Nak ajar budak kecik boleh la. Ini nak ajar apa benda. Semua orang tahu dan ada otak boleh fikir sendiri macam mana nak jimat. Dia siap pegi buang duit lagi sebab nak ajar orang nak jimat. Aduhai ketam... ketam...tak payah la nak ajar anak ko kalau ko pun tak betul.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...