Petronas


Ketika artikel ini ditulis, President Petronas ialah Hassan Merican.


Inilah logo Petronas, syarikat gergasi paling gah di Malaysia.

Petronas adalah syarikat multinasional Malaysia yang menjalankan perniagaan carigali minyak dan gas. Ia dikategorikan sebagai GLC company bermaksud Government Linked Company, iaitu syarikat swasta yang berkepentingan dan ada hubungan dengan kerajaan.

Petronas hari ini adalah sebuah syarikat minyak yang kukuh dan menjadi simbol kejayaan kepada Malaysia di serata dunia. Memiliki impian untuk menjadi engineer Petronas adalah impian yang biasa bagi ribuan graduan graduan universiti di Malaysia dan luar negara.Dapat masuk ke dalam Petronas adalah ibarat dreams come true bagi kebanyakan orang.

Dengan keuntungan berbillion ringgit setiap tahun, Petronas menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan juga modal kepada kerajaan untuk memberitahu kepada umum betapa rakyat perlu berterima kasih dan menyokong kerajaan yang selama ini banyak membantu kaum bumiputera. Petronas adalah bukti bahawa kerajaan telah bekerja membantu kaum bumiputera mencapai status hidup yang lebih berkualiti.

Namun adakah ini hakikat sebenar kepada kebanyakan rakyat?
Kepada segelintir yang berjaya masuk dan bekerja dengan Petronas mungkin ya.

Tapi bagaimana pula dengan nasib lebih 27 juta seluruh rakyat Malaysia lain? Adakah mereka juga merasa nikmat limpahan kemewahan Petronas? Bagaimana nasib graduan cemerlang yang terpaksa menjaja ijazah mereka di tempat tempat lain hanya kerana mereka ini tidak ada saudara mara yang bekerja di dalam Petronas? Inilah hakikat sebenar realiti kehidupan yang harus difahami oleh setiap orang.

Masih ramai lagi yang menderita di luar sana. Yang hanya hidup cukup cukup makan. Bekerja keras tapi hanya mampu cover hutang dan makan sahaja. Kenapa? Kerana hidup ini bukannya selalu adil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...