MLM terbaik di Malaysia.


Di Malaysia ada macam-macam MLM. Kalau anda semak dengan Kementerian Perdagangan dalam negeri ada beratus-ratus MLM yang berdaftar di Malaysia. 

MLM adalah satu jalan untuk mencari pendapatan sampingan bahkan kaya jika anda benar-benar serius menjalankan perniagaan ini.

Apakah MLM terbaik di Malaysia? Jawapannya ialah MLM terbaik di Malaysia ialah BIO-ASLI. Sebelum buat BIO-ASLI saya pernah buat satu syarikat MLM lagi yang hebat iaitu namanya XXX.

Kenapa saya berhenti buat XXX sedangkan XXX ialah syarikat MLM yang hebat dengan pelbagai insentif bonus dan anugerah tabung seperti tabung kereta, tabung rumah dan sebagainya untuk di menangi?

Sebab BIO-ASLI membuatkan impian saya ingin menjadi kaya (jutawan) tercapai dengan lebih cepat dan juga praktikal.

Seperti yang kita tahu, kalau nak buat MLM maka kita WAJIB cari downline. Jangan cakap hal-hal lain, kalau buat MLM ni, senang saja formulanya. Ada downline ramai boleh buat. Tak ada downline MATI. Itu saja. Tak kira mana-mana MLM pun sama juga. Tak ada kerja lain, beli barang kemudian cari orang bawah...seramai mungkin.

Dulu masa dengan XXX nak cari downline punya la payah, dah la tu, kena pusing pusing dari KLANG ke Banting, MERU dan Shah Alam semata-mata nak cari downline, pujuk orang supaya masuk syarikat XXX. 

Duit minyak tak payah cakap la, lepas tu duit minum kopi lagi nak belanja bakal downline yang belum tentu masuk. Sadis beb. Kena pergi rumah orang promote sabun dan apa apa lagi produk yang syarikat keluarkan. Kawan pun menyampah tengok muka saya..sedih beb.

Boleh tahan ke? Cuba bayangkan situasi secara sebaliknya pula bila kawan baik ajak buat MLM. Saya sendiri pun bengang beb, kawan sendiri (itu kira kawan baik tu) datang promote sabun bagai kat rumah masa time lepas makan malam. 

Kita duduk syok layan bola, kawan datang tunjuk buih sabun la pulak. Menyampah pun ada, tapi pendam dalam hati je lah, kawan punya pasal. Habis awak pun nak buat macam tu jugak ke kat orang lain? Tebalkan muka demi kejayaan?

Itulah salah satu point kenapa ramai orang menyampah dengan mana2 syarikat MLM pun, sebab dia suka kacau orang dengan promosi yang tak di undang, betul tak? Tak siapa pun jemput orang MLM datang rumah tunjuk demo produk. 

Lepas tu cerita pulak juta2 beb. Motivasi kaw kaw beb. Kalau kau tak join maknanya kau tak de masa depan dan setaraf penagih dadah. Nak tak nak join la..jaga hati kawan. 

Lepas tiga bulan jadi jutawan ke? Usahkan jutawan, ribuan pun belum tentu beb. Dapat seratus pun syukur kalau masuk MLM. Ini nak cerita juta? Tak ada benda mudah beb dalam hidup ini, ingat tu.

Lagi satu ialah konsep maintain beli barang tiap2 bulan sampai beratus ringgit. Bukannya tak mampu atau sesak sangat, tapi awak pun nak beli gak barang2 lain bukannya nak hadap barang syarikat XXX jer. Tau la ada pelbagai kopi dan sebagainya, tapi tukar jenama secara paksa dan terpaksa, betul tak?

Inilah masalah nak buat MLM. MLM ni bagus sebab boleh buat duit tapi tu la, kena tebal muka dan hati kering. Kena sanggup kena ludah dan kena kutuk kaw kaw. Bukan semua orang sanggup beb. Kalau kau sanggup pun, down line kau sanggup ke? Itulah benda yang kau nak kena fikir beb. Sebab tu la dia cakap, bukan senang nak senang. Betul la tu.

Jadi ada apa dengan BIO-ASLI?
1. Tak perlu jumpa downline sebab guna internet cari downline.
2. Boleh cari seluruh Malaysia, bukan are KLANG je beb.
3. Tak perlu meeting beb, tepuk tangan macam monyet tengah2 malam sampai 2 pagi.
4. Bonus pun kencang -kalau down line kau maintain dengan baik.
5. Ini antara MLM paling senang dan paling canggih sebab promosi guna internet.
6. Memang boleh buat duit kalau istiqomah dan tekun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...