Masalah kekeringan faraj


Masalah kekeringan faraj atau kekurangan cairan semulajadi lendir pelincir semasa hubungan intim biasanya boleh berlaku di kalangan wanita yang sudah agak berusia. Ini kerana hormon estrogen sudah mulai merosot atau kurang. 

Pun begitu ada juga wanita usia muda pada tempoh yang sepatutnya mereka aktif dalam hubungan seks menghadapi masalah ini juga. Bukan langsung tak ada cecair, keluar tetapi terlalu sedikit mengakibatkan ketidakselesaan semasa hubungan intim.

Masalah kekeringan faraj tidak sepatutnya dipandang ringan kerana ia boleh membawa pelbagai implikasi lain atau tanda-tanda anda tidak berada pada tahap kesihatan yang optimum. 

Antara punca paling tinggi kepada masalah ini ialah masalah hormon tak stabil atau faktor dalaman terganggu. Jika masalah kekeringan faraj berlanjutan, hubungan seks boleh terjejas dan menjadi suatu perkara yang menyakitkan pula.

Punca: 
Masalah kekeringan faraj secara umumnya berpunca daripada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh seseorang wanita. Hormon estrogen (hormon kewanitaan) yang kurang akan mengakibatkan masalah kekeringan faraj kerana hormon ini memainkan peranan penting dalam fungsi tubuh badan wanita. Kekurangan hormon ini boleh berlaku di sebabkan oleh beberapa faktor luaran (seperti pemakanan, gaya hidup yang stress, dan lain-lain seperti penyakit kanser dan sebagainya), dalaman atau juga faktor keturunan.

Secara semulajadi, dalam keadaan terangsang, hormon akan mula bertindak dan cairan faraj seperti lendir akan keluar bila seseorang wanita itu mula ghairah dan sudah cukup bersedia untuk menerima tusukan keras dari alat kelamin lelaki. Rangsangan seksual akan mencetuskan tindakbalas dari alat sulit perempuan. Namun ada juga keadaan bila dia mengalami tekanan perasaan yang mungkin disebabkan oleh bebanan kerja, perasaan takut atau bersalah, atau boleh juga disebabkan oleh paksaan akibat hubungan seks yang terlampau kerap atau keadaan yang tidak menyelesakan umpamanya suami bertindak keterlaluan dari posisi yang sukar.

Akibat: 
Masalah kekeringan faraj akan menyebabkan kekurangan cecair pelinciran semasa melakukan hubungan seks. Akibatnya hubungan seks boleh menjadi sesuatu yang memeritkan samada kepada wanita atau lelaki itu sendiri. Lelaki yang tidak tegang pada tahap maksima akan mendapati tugasnya untuk "menembus masuk" akan menjadi lebih sukar. Pada akhirnya wanita ini akan cuba mengelak setiap kali pasangan mahukan hubungan seks. Jika berlarutan, hubungan boleh menjadi retak kerana tiada lagi hubungan intim berlaku.

Penyelesaian: 
Sebaiknya berjumpalah dengan doktor pakar sakit puan untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Cuba dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor. Anda boleh juga mendapat rawatan keseimbangan hormon dalam badan secara klinikal dengan pengambilan ubat hormon yang teratur dari klinik atau hospital.

Cuba lakukan hubungan intim tanpa rasa tekanan dan pilih pada waktu sesuai dan subur. Anda harus bertenang dan cuba ambil masa yang lebih panjang melakukan aktiviti pemanasan atau pemesraan.

Tips Kesihatan: 
Amalan pemakanan sihat seperti pengambilan Evening Primrose Oil dalam bentuk tablet atau cecair setiap hari dapat membantu menstabilkan kembali hormon kewanitaan. Untuk herba, Ginko Biloba juga bagus untuk di amalkan. Selain itu, herba kacip fatimah juga selalu menjadi herba pilihan untuk wanita mengembalikan semula kecergasan mereka. Amalkan gaya hidup sihat dan seimbang. Minum air masak dan bersih secukupnya setiap hari.

Penyelesaian alternatif:
Wanita boleh menggunakan bantuan alat cecair atau pelembab luaran seperti Kama Sutra lotion, KY Jelly dan lain2.

Jangan biarkan masalah kekeringan faraj menggangu kehidupan seksual anda. Jalan penyelesaian sentiasa ada jika anda berusaha dengan jalan yang betul, Insya Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...