cara atasi ketagihan porno

Ketagihan porno tak mudah diubati. Sama seperti ketagihan lain. Ia sukar, namun boleh sebenarnya dengan cara yang betul. 

Ambil contoh rokok. Ataupun ketagihan gam. Ketagihan arak. Paling teruk dadah. Semua orang tahu fakta bahawa semua itu bahaya. Semua ketagihan adalah bahaya. 

Yang tak ketagih melihat mereka dengan kasihan dan hairan. Kenapa mereka begitu? Ia berkait dengan kawalan otak. Tentang cara berfikir. Cara berfikir orang ketagih dengan tidak adalah berbeza. 

Tak ada masalah bagi orang biasa yang tak ketagih. Tapi bagi mereka yang ketagih bila ketagihan melanda, fakta dan daya fikir (will power) dan logik saja tak akan mampu membuat orang berhenti. 

Perhatikan persamaan setiap ketagihan yang dinyatakan di atas. Ia berkait dengan mahu khayal, mahu lari realiti, mahu seronok, mahu ke "syurga", ikut kehendak hati. Sehingga tak mampu kawal diri.

Di sini saya kongsi apa yang boleh dicuba untuk atasi ketagihan. Ingat, ia sama seperti ketagihan candu candu lain.

1. Mula dengan kawal fikiran.

2. Jangan mulakan. 

3. Lakukan kebaikan.

4. Cari hobi dan buat yang terbaik. 

5. Berusaha cari duit. 

6. Baca buku dan timba ilmu. Buat matematik. Buat kira kira. 

7. Berusaha bahagiakan orang. Belanja orang. 

8. Senyum dan puji orang lain. 

9. Jadi versi terbaik diri sendiri. Jadi pemangkin kepada perubahan yang anda mahu. 

10. "Buat" benda sebenar, bukan syok sendiri dalam dunia khayal. 

Boleh, InshaAllah. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...