Aku nyaris disaman polis Traffik

Aku dan wife baru jer keluar dari GIANT selepas window shopping. Tak beli apa pun cuma wife aku beli pen dan pensil dia aje untuk periksa hari sabtu nie.Sebelum tu kami pergi survey
SMK (P) RAJA ZARINA kat Port Klang. Tepi jalan besar jer sekolah ni. Senang sangat jumpa. Lepas je hotel Crystal Crown kat Pandamaran tu, nampak lah SMK RAJA ZARINA kat sebelah kiri. OK, baru je aku keluar dari Giant dan pusing selekoh nak keluar, tiba2 nampak polis traffik buat sekatan. Simple aje sekatan tu, takde penghadang pun cuma ramai la polis2 lepak motor kat tepi jalan. Polis tu angkat tangan suruh aku berenti. So aku cool ajer lah berhenti. Cepat2 aku ambik lesen dan IC bagi kat dia dan buat muka cool. Wife aku dah gelabah dah sikit. Kami kat GIANT tadi punya la berjimat sebab tengah bulan, alih2 macam ni la pulak. Sorang brader polis tu tanya aku, wife awak ke tu? Sambil tunjuk kat wife aku yang tengah sarat mengandung. Aku angguk je lah. Dia pun sindir lah aku, "eh, apasal wife awak pakai tali pinggan? Dia kan mengandung, bahaya baby tu nanti..." Ya lah aku diam jer. Tiba 2 kawan dia yang ambik IC aku tadi pulangkan balik IC aku sambil berkata,"saya bagi amaran lain kali pakai tali pinggan keledar." Dengan lega dan cool aku pun terus berlalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...