Cara melambatkan air mani keluar.

Masalah cepat klimax atau cepat pancut bukanlah sesuatu yang pelik bagi kebanyakan lelaki. 

Bagi mana-mana lelaki, hubungan seks adalah salah satu agenda utama mereka bila sudah berkahwin. 

Perasaan mereka penuh berkobar-kobar untuk menjadi sang arjuna yang ampuh dan gagah perkasa.

Namun kerana tiada ilmu atau pengalaman yang cukup, kebanyakan lelaki menghadapi masalah cepat pancut. 

Bila cepat sangat air mani keluar, hubungan kelamin menjadi sangat singkat dan tamat begitu sahaja. 

Padahal, mereka masih merasa belum puas sepenuhnya. Jika ini berlaku, pasti rasa seperti tak sampai tujuan, atau tak puas sepenuhnya. 

Jika air mani sudah keluar, tidak sempatlah sang arjuna nak membuat persembahan hebat, nak menakluk wanita membawa buah hatinya jauh ke tengah puncak nikmat. 

Tak bolehlah nak melihat wanita itu senyum puas ke puncak nikmat.  

Tidak hairanlah maka kaum lelaki sering mencari cara melambatkan air mani keluar kerana mereka mahu memastikan wanita mereka puas hati dalam hubungan seks sedangkan mereka pula walaupun mulanya gagah tapi terlalu cepat terkulai layu bila mula saja nak mendayung.

Zaman moden sekarang, kebanyakkan lelaki masih tak tahu rahsia hulu balang dahulukala yang hebat bertempur dan menakluk wanita mereka dengan hebat sehingga wanita itu taat setia dan tak pernah curang mencari lelaki lain.

Hubungan seks yang sempurna dan memuaskan hati (sampai tujuan) sebenarnya sangat penting kerana ia adalah puncak kenikmatan dunia. Senjata itulah juga ibarat nyawa lagi satu. Kalau tak terjaga "barang" yang satu tu hilanglah nikmat dunia.

Yang pastinya bila sudah selalu sangat tewas di ranjang, cepat pancut, lama-kelamaan lelaki akan merasa rendah diri dan hilang keyakinan. 

Harapkan badan saja sasa dan besar atau muka saja lawa, tapi zakar lembik, kecut dan tak tahan lama. Isteri baru saja nak panas, tiba-tiba lakinya dah tak boleh pergi?

Tak malu ke pada isteri? Lama kelamaan mulalah rasa segan dan tak yakin hendak mengajak isteri untuk bersama sebab rasa serba salah dan tak yakin pada keupayaan diri sendiri. Nak merancang atau jarakkan anak pun agak susah sebab senang sangat pancut bila belayar.

Untuk persembahan hebat di ranjang, amatlah penting anda menjaga kesihatan tubuh dan juga alat kelamin yang satu itu baik-baik agar ia dapat memberikan persembahan yang ampuh dan mampu bertahan di lambung badai yang kuat.

Kawalan minda dan perasaan amatlah penting semasa bersama isteri anda. Permulaan semasa memasukkan zakar ke dalam faraj isteri, zakar perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dalam faraj isteri seperti mana faraj isteri perlukan masa untuk sesuaikan dengan saiz zakar suami. 

Bila melakukan dayungan, kawal emosi dan nafas anda. Jika terasa sudah hampir hendak klimaks, cepat-cepat hentikan dayungan sebelum anda termuntah. Berhenti seketika, tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan minda sebelum meneruskan kembali dayungan.

Kepala zakar yang terlalu sensitif terhadap rasa ngilu atau geseran biasanya akan menyebabkan kebanyakkan lelaki baru beberapa ketika mendayung dah terpancut dan terus tenggelam. Cepat sangat terpancut. 

Anda boleh juga cuba gunakan kondom yang sesuai agar anda tidak terlalu rasa ngilu dan sensitif. Sebab itu lelaki yang jarang memakai seluar dalam lebih kurang rasa ngilu sebab senjata mereka sudah dibiasakan tidak menjadi terlalu sensitif.

Penggunaan VCO 31 ternyata satu pilihan yang bijak untuk mengatasi masalah cepat pancut.

Anda juga perlu bijak bermain posisi yang sesuai. Carilah posisi yang benar-benar melambatkan anda keluar air mani.

Kebiasaannya posisi isteri di atas dan suami di bawah adalah tidak sesuai kerana lelaki tidak akan dapat mengawal tempo permainan. 

Isteri biasanya akan mendayung sekuat-kuat hati hingga lelaki tidak lagi mampu menahan geloranya lalu termuntah-muntah kelemasan dan kemudianya terus karam dan lesu.

Yang pasti kelebihan ada pada mereka yang pandai mengawal pancutan air mani kerana pelbagai posisi seks boleh dicuba sampai isteri benar-benar puas hati dan tersenyum lebar! Malah, anda juga mampu merancang kehamilan secara mudah tanpa ubatan jika anda pandai mengawal pancutan mani dengan kaedah pancut di luar.

Pilihlah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim. Pastikan berada dalam keadaan emosi dan juga fizikal yang terbaik. 

Badan yang terlalu letih umpamanya, boleh membuat lelaki rasa tertekan dan cepat-cepat ingin menamatkan pertarungan dan mencapai klimaks. Ini boleh membuat wanita rasa kecewa dan hampa. Lakukanlah sedikit persediaan dari segi mental dan fizikal.

Jangan terlalu kerap beronani kerana nanti akan mempengaruhi persembahan semasa hubungan seksual yang sebenar. 

Kebiasaan yang kerap beronani akan menyebabkan masa klimaks anda menjadi terlalu singkat kerana sudah terbiasa memaksa air mani keluar dengan cepat. Yang penting ialah mencari kesederhanaan dan mengikut kesesuaian diri dan kemampuan masing-masing.

Yang penting ialah aspek kesihatan zahir dan batin. Makan perlu jaga. Makan ulam-ulam kampung tak apa. 

Banyak herba kampung yang baik untuk menambah kelelakian. Ubi Jaga, Misai Kucing dan Mahkota Dewa adalah contoh herba yang baik dan berkesan untuk mengatasi masalah lelaki cepat tewas. 

Rokok janganlah dihisap, nanti stamina kurang dan cepat mengah bila bersama isteri.  Kena jaga jantung sebab ia mengepam darah.

Makanlah secara baik, sihat dan teratur. Amalan meminum madu lebah asli juga baik untuk menambahkah "power" kelelakian anda. 

Madu lebah seeloknya dicampur telur ayam kampung. Minum setiap hari untuk merasakan kehebatan kelelakian yang makin terserlah. 

Jus delima juga bagus untuk menambahkan kelikatan air mani dan juga menguatkan ketegangan.

Tapi apa rahsia sebenar lelaki mampu tahan lama? Rahsia lelaki mampu melambatkan air mani keluar walaupun diasak ombak ganas?

Kawal tempo mendayung. Kalau rasa nak sampai, berhenti atau cuba perlahankan tempo mendayung. Kena kawal secara dalaman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...