Tips agar payudara tidak kendur


Sejak proses akil baligh bermula bagi wanita, buah dada akan terus berkembang dan menjadi montok sesuai dengan tahap usia wanita yang bersedia untuk hubungan kelamin dan seterusnya mendapat zuriat. Pun begitu, selepas satu jangka masa dan pada satu tahap, buah dada akan mulai kendur dan hilang keanjalannya.

Anda sebagai wanita sepatutnya harus berusaha untuk mengekalkan bentuk payudara anda dalam keadaan montok. Jangan biarkan payudara anda kendur tanpa melakukan apa-apa.

Mari kita fahami tentang fasa pengenduran buah dada yang biasa berlaku terhadap wanita hari ini.

Pengenduran buah dada wanita sebenarnya boleh bermula seawal usia 25 tahun apabila kandungan kollagen dalam badan mula menurun. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, kepadatan payudara akan mulai berkurangan dan pada satu tahap, puting mula "jatuh" ke bawah. Bila keadaan ini berlaku, buah dada akan terus sahaja mengendur ke bahagian bawah hinggakan ia tidak lagi montok dan sukar mendapat bentuk asalnya yang besar dan anjal.

Sebagai seorang wanita, anda seharusnya faham dan tahu cara mengelak payudara menjadi kendur dengan adanya sokongan semulajadi contohnya dengan memastikan anda memilih coli yang bersesuaian dan menyokong dengan sempurna buah dada anda.

Carilah coli berdawai agar sokongan dan anjakan semulajadi payudara menjadi lebih mantap dan sempurna. Coli berbingkai jenis M misalnya, amat sesuai bagi payudara yang padat dan besar.

Selain daripada coli berbentuk M, anda juga sebenarnya boleh mengekalkan bentuk payudara dengan coli khas  yang dipanggil coli pembentuk. Kelebihan coli pembentuk dengan tali bahu lehernya yang lebar sebenarnya mampu mengurangkan tekanan pada bahu, menjadikan pemakaian coli lebih selesa.

Coli yang bagus pula biasanya akan mempunyai lilitan bawah lebih elastik  agar ia mampu menganjak payudara dan segala kandungan lemak dan lebihan isi yang ada. Selain itu, ada juga coli dengan lapisan fabrik separa bulat yang menganjak payudara lalu membentuk lurah yang kelihatan menawan. Coli yang mempunyai panel sisi yang tinggi (bersama tetulang) pula mampu memberikan kestabilan dan menyelindung bonjolan agar penampilan kelihatan senantiasa kemas.

Selain penggunaan coli yang menyokong buah dada, ada kaedah lain juga yang baik untuk mengembalikan keanjalan payudara. Kaedah tersebuat ialah dengan pemakaian secara konsisten losyen payudara yang kini terdapat di pelbagai farmasi.    


Firming Cream adalah krim khusus yang dirumuskan untuk mengembalikan semula keanjalan buah dada wanita hari ini yang sibuk dengan kerjaya. Firming krim dengan bahan herba asli ternyata sangat berkesan untuk menganjal dan membesarkan buah dada wanita. Dapatkan firming cream untuk memiliki semula kejelitaan dan keanggunan mahkota perhiasan wanita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...