10 tips membesarkan payudara secara semulajadi, tanpa pembedahan.

Di satu petang di sebuah ofis, terdengar satu suara, "Tengok tu, tengok tu... Budak budak lelaki kat ofis ni kalau si Nora Elena lalu, dari mengantuk mengadap komputer terus terbuntang bijik mata...

Manakan tidak, teruja tengok buah betik yang ranum. Yang si minah ni pun satu, pakai baju sesendat boleh, nak show off aset dia. Hish, apalah rahsia dan tips besarkan payudara yang dia gunakan agaknya?"

Ada tak wanita yang rasa tidak puas hati dengan saiz payudara sendiri bila tengok aset wanita lain yang lagi mengancam dan menggiurkan?

Ha ha sebenarnya Nora pakai buah dada palsu.

Jadi jangan gelabah sangat. 

Kalau nak yang betul, caranyanya pun kena la usahakan. Kecantikan payudara sebenarnya bermula dari dalam diri anda sendiri.

1. Serlahkan keanjalan payudaramu melalui postur badan yang betul.

Berdiri lurus lurus, kepala sedikit mendongak, belakangkan bahu dan sambil berjalan tinggikan dada ke hadapan. 
Apabila berjalan dengan postur sebegini, payudara akan kelihatan lebih besar dan menonjol berbanding jika anda berjalan dengan menunduk ke bawah. Keyakinan diri juga akan terserlah.

2. Pakailah coli mengikut saiz sebenar payudara anda.

Ada sesetengah wanita yang memakai coli dengan saiz yang lebih besar dari yang sepatutnya kerana mereka fikir akan lebih memberi penampilan pada payudara. 

Pada hakikatnya, cara sebegini akan menenggelamkan saiz payudara sehingga kelihatan kecil pula. Dengan memakai saiz payudara yang betul sebenarnya akan lebih menyokong dan menganjalkan lagi bentuk payudara anda.

3. Tonjolkan payudara dengan push up bra atau padded bra.

Salah satu kaedah membesarkan payudara dengan paling cepat ialah dengan bantuan bra atau coli yang khusus. 

Bagi yang punya payudara kecil, anda digalakkan memakai coli jenis push up atau padded bra dan secara automatis ia akan menampakkan payudara yang lebih berisi dan besar.

4. Elak pakai bra yang ekstrem, sama ada terlalu ketat atau terlalu nipis.

Bra yang nipis dengan renda memang nampak menarik dan seksi jika dipakai tetapi sebenarnya ia kurang menyerlahkan penampilan payudara. 

Begitu juga dengan bra sukan (sports bra) yang biasanya ketat kerana ia memberi gambaran payudara yang seakan-akan leper dan kecil.

5. Jangan sumbat tisu atau kain dalam bra.

Taktik ini memang selalunya biasa dibuat dalam drama atau filem. Memanglah nampak saiz payudara lebih besar dari sepatutnya tetapi ia tidak tahan lama, samaada tisu atau kain akan terburai. 

Jika ada yang alah, lain pula jadinya, kena ruam hingga gatal badan. Sebaiknya cuba guna push up bra.


6. Rajin urut payudara dengan kaedah yang betul. 

Cuba urut sendiri payudara anda. Kalau ada pasangan boleh juga suruh pasangan anda buat. Lakukan selama 30 minit setiap hari boleh membesarkan payudara, terutama kalau anda gunakan krim yang betul. Ini kerana urutan boleh membantu meningkatkan pengaliran darah bersama hormon phytoestrogens dan menambahkan simulasi pada prolactin. Kedua dua hormon ini fungsinya ialah untuk membesarkan payudara.

7. Ambil herba yang memang berkhasiat untuk membesarkan payudara.

Antara herba yang disarankan ialah keladi liar, jintan manis, kava, halba, caste tree berry, dan black cohosh. Anda juga boleh meminum halia, kunyit, madu, manjakani, kecip fatimah dan sebagainya. 

Herba ini sememangnya sudah terkenal untuk kesihatan wanita. Sebelum mengambilnya disarankan juga merujuk pada doktor untuk mengelakkan terjadinya alahan dan sebagainya.

 8. Sapu krim atau losyen yang boleh merangsang pembesaran.

Selain makan herba, anda juga disarankan agar menyapu losyen atau krim yang memang dikhaskan untuk merangsang pembesaran payudara. Antara losyen paling popular masa kini ialah krim payudara FC.

 
9. Lakukan senaman yang menggalakkan pembesaran payudara.

Pumping iron, chest presses dan push up adalah antara senaman yang jika diamalkan secara konsisten boleh menambahkan keanjalan pada tisu tisu sekitar payudara. Tips besarkan payudara ini adalah antara paling berkesan menjadikannya lebih tegang, lebih besar dan lebih lembut.

10. Janganlah terlalu kurus. Seimbangkan berat badan dengan tinggi. 


Apabila badan kurus, tisu sekitar payudara menjadi kurang menyebabkannya kelihatan kecil. Sebab itu bagus untuk mendapatkan berat badan yang ideal kerana payudara juga akan kelihatan berisi, montok dan cantik.

Elak pembedahan, ini cara yang agak ekstrem. Kalau boleh, praktikkan saja petua yang ada secara semulajadi.

Jalan terbaik mendapatkan payudara yang besar dan montok ialah dengan cara semulajadi. Memang tidak secepat pembedahan, tetapi perlu ada usaha, keyakinan, disiplin dan kesabaran.

Ia juga adalah amalan yang sihat untuk tubuh badan secara keseluruhannya. Seimbang luar dan dalam. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...