Ada cara sukar dan ada juga cara mudah.
Sesetengah pasangan memilih cara wanita mengambil hormon dalam bentuk pil atau suntikan. Kebanyakan pasangan yang menggunakan cara ini adalah kerana pihak lelaki tidak mahu memakai kondom.
Pengambilan hormon bagi wanita adalah perkara normal, namun ia dibimbangi boleh memberi kesan sampingan, terutama mereka yang ada alahan tertentu atau genetik yang kurang sesuai.
Cara paling selamat dan cepat, serta tidak menyakitkan ialah dengan memakai kondom. Kondom boleh di pakai oleh lelaki atau ada juga kondom wanita. Yang paling biasa ialah kondom lelaki.
Penggunan kondom memberikan kebebasan dari segi menjaga jadual ubatan dan juga masalah ketidakselesaan melakukan implan.
Kini membeli kondom bukan lagi masalah besar kerana semuanya boleh dilakukan secara online tanpa pengetahuan sesiapa.