Aku dah mencecah 30 tahun. Dan juga dah ada anak satu.Tapi tadi kat kilang masih ada minah kilang yang cuba mengurat aku. Oh aku agak terkejut dengan fenomena ini. Aku pun tak tahu bagaimana mahu bereaksi. Last 2 aku hanya buat derk aje dan senyum kambing aje. Apa yang aku boleh buat. Aku ni bukan jutawan atau bukan juga anak sultan. Hutang aku banyak. Rumah pun sewa aje. Aku sedar siapa aku. Hu hu.
Berbalik sikit dengan bab politik. Aku tak faham kenapa si mamat Faisal Tehrani tu anti sangat kat Anwar Ibrahim. Si Faisal ni kan penulis novel terkenal dan glamer pula. So aku tak faham kenapa mamat ni boleh anti Anwar yang teramat. Ada sesiapa sudi jelaskan?
Bab ekonomi pula, ada satu koperasi Nabinco nak bagi dana kat bumiputera. Yang nak apply kena cari 4 kaki lagi apply benda sama. Kalau dapat 4 kaki dalam masa 1 bulan akan dapat loan tu dan tak payah bayar balik. Apa? ini amat tak logik sekali. Aku nasihat kan pada korang yang terjumpa benda ni supaya jangan buang masa korang lah. Benda ni mengarut yang amat. Hakikatnya tak kan ada orang bagi duit senang2 macam tu je. Tolonglah, hidup ni biar bermaruah la sikit. Ego kena ada. Jangan pandang duit buta2 hingga senang2 kena tipu dan dibodohkan orang.
2 comments:
mungkin ini sebabnya:
http://jawapancinta.blogspot.com/2008/08/mencintai-islam-dengan-cara-membebaskan.html
Post a Comment