Ini adalah petikan kata kata DR Mahathir dari blog beliau sendiri. Beliau berkata " Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil PRU 2008, tetapi ia menjadi amat buruk. Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya. Tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut."
Jadi di manakah keadilan? Semua orang mahukan keadilan untuk diri sendiri. Tapi pernahkah kita fikir adakah kita ini adil terhadap orang lain? Kita selalunya akan fikir tentang diri sendiri dahulu selepas itu orang orang yang ada kaitan darah dengan kita, lepas itu ipar duai kita, lepas itu sahabat sahabat yang ada kepentingan dengan kita. Itulah lazimnya manusia. Dan selepas itu mereka akan kata orang itu tidak adil dan orang ini tidak adil.Jadi kita mentafsir keadilan mengikut hawa nafsu kita sendiri. Itukah hakikat yang amat pahit dalam kehidupan ini.
No comments:
Post a Comment