Universiti Tengku Abdul Rahman (UTAR)

Aku masih ingat lagi time Universiti Tengku Abdul Rahman (UTAR) masih lagi berstatus college. Masa tu namanya College Tungku Abdul Rahman atau college TAR. Kini ia sudah menjadi sebuah universiti. UTAR adalah lambang semangat orang orang Cina MCA untuk meghasilkan wadah pendidikan untuk kaum Cina. Mereka juga mementingkan pendidikan walaupun kebanyakan orang Cina mempunyai mentaliti berniaga. Orang Cina memang sudah lama sedar hakikat bahawa untuk menjadi kaya adalah melalui jalan perniagaan dan jalan makan gaji bukanlah jawapan untuk mencari kekayaan.

Bagi orang melayu pula, mereka pun sedar hakikat ini, cuma mereka ini tidak mempunyai pendedahan dan peluang yang jelas. Mereka telah lama diasuh supaya bekerja kuat dan kemudian mencari kerja sebagai jalan membalas budi orang orang tua.Berniaga adalah aktiviti yang berisiko dan mereka tidak sanggup untuk menanggung risiko ini.Jadi mereka memilih jalan yang mudah iaitu belajar bersungguh sungguh dan kemudian cari kerja.Dengan harapan suatu hari nanti dengan nasib baik mereka boleh menjadi kaya.Namun nasib yang di tunggu tunggu tidak juga kunjung tiba.

Hakikat yang perlu kita akui ialah orang melayu masih lagi layu dan masih hidup atas belas ihsan kerajaan kerana mereka ini tidak sanggup untuk keluar dari kepompong hidup bekerja makan gaji.Ini kerana mereka teramat takut untuk membayangkan situasi ketiadaan wang. Di sebabkan ketakutan inilah mereka memilih jalan senang iaitu makan gaji , sekurang kurangnya kalau mereka berdisiplin tidak akan berlaku keadaan tidak ada duit untuk makan. Jadi dengan sikap inilah orang melayu menjadi terus layu dari sehari ke sehari kerana mereka hidup dengan asyik mengharap makan gaji sahaja dan sudah tidak pandai untuk berbuat apa apa selain dari makan gaji itu.Mereka memilih jaminan hidup. Biarlah susah sikit asal anak anak cukup makan. Mulia sungguh pemikiran ini, namun sebenarnya ia tidak adil untuk jangka panjang.

Apa yang aku perkatakan ini adalah sikap sebahagian besar bangsa melayu. Aku faham ada juga yang hidup berdikari dengan berniaga kecil kecilan.Bahkan ada yang berjaya dan sampai buat haji dan umrah.Jiran aku ada yang berniaga di Jalan TAR siap bawak balik Merc ke kampung.Aku hanya memandang dengan perasaan seedikit cemburu.
Jadi apa yang orang melayu perlu buat? Mungkin kita perlu ubah cara kita berfikir sedikit. Kita perlu faham akan hakikat kehidupan yang amat perlu kepada material ini. Kita perlu ada semangat juang seperti orang orang Cina.Belajar apa apa yang perlu dari mereka. Ubah sikap menjadi positif. Fikirlah tentang nasib bangsa dan negara. Jangan terus menjadi layu dari sehari ke sehari.

Hidup melayu!

1 comment:

Anonymous said...

bagus blog nie...tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...